Taklimat Rawatan Kepada Pegawai Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Kewangan LPPS Pada 12 Ogos 2026 (Rabu)
12 Ogos 2026 (Rabu) - Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) telah mengadakan Taklimat Rawatan kepada pegawai Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Kewangan LPPS di Bilik Samudera, LPPS.
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Shirley Bonnie M. Hunggim daripada Bahagian Saraan dan Elaun, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS).
Taklimat ini bertujuan memberi penerangan dan meningkatkan kefahaman pegawai mengenai kemudahan rawatan dan perubatan dalam perkhidmatan awam, termasuk kelayakan, peraturan serta tatacara berkaitan yang sedang berkuat kuasa. Sesi ini turut memberi peluang kepada para pegawai untuk mendapatkan penjelasan secara langsung berhubung kemudahan rawatan yang diperuntukkan, di samping membantu memastikan urusan berkaitan dilaksanakan dengan lebih teratur dan selaras dengan peraturan semasa.
"BetterPorts,BetterSabah"


