07
Jul
2025
Taklimat Perisytiharan Harta Untuk Kakitangan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS)
Taklimat Perisytiharan Harta Untuk Kakitangan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) disampaikan oleh Puan Nur Hafizah binti Baharudin, Penolong Pegawai Tadbir, Bahagian Tatatertib, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Taklimat ini diadakan selama dua hari, iaitu pada 7 hingga 8 Julai 2025, bertempat di Bilik Kinabalu, Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.
Taklimat bertujuan memberi pendedahan dan pemahaman kepada warga kerja LPPS mengenai kewajipan mengisytiharkan harta sebagaimana yang digariskan dalam Peraturan dan Pekeliling Kerajaan Negeri Sabah yang sedang berkuat kuasa


