Taklimat Hak Wanita & Kanak-Kanak untuk Kakitangan Wanita LPPS Pada 2 Julai 2025
Taklimat Hak Wanita & Kanak-Kanak untuk Kakitangan Wanita LPPS Pada 2 Julai 2025 di Bilik Sepilok, Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu
Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) telah menganjurkan taklimat yang bertajuk "Hak Wanita dan Kanak-Kanak Mengikut Undang-Undang Sivil" pada 2 Julai 2025 (Rabu). Taklimat ini telah diadakan di Bilik Sepilok, Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, dan disampaikan oleh Puan Noor Azah Abd Rahman, peguam dari Pusat Bantuan Guaman Wanita, Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA).
Program ini merupakan salah satu inisiatif LPPS dalam memperkasa pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan kakitangan wanita mengenai hak-hak mereka serta perlindungan undang-undang terhadap wanita dan kanak-kanak. Antara topik yang disentuh termasuk hak penjagaan anak, perlindungan terhadap keganasan rumah tangga, prosedur perundangan berkaitan penceraian & nafkah dan lain-lain lagi.
Turut diadakan sesi soal jawab yang interaktif, membolehkan para peserta berkongsi persoalan dan mendapatkan penjelasan terus daripada pakar perundangan.
LPPS komited untuk terus menyokong agenda pembangunan wanita sejajar dengan nilai integriti, keadilan dan kesejahteraan warga kerja LPPS.


