Pertandingan Koir Simfoni Integriti Sempena Pelaksanaan Varsha Integriti 2025
Kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS) dan Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan dinobatkan sebagai johan bagi kategori masing-masing dalam Pertandingan Koir Simfoni Integriti 2025 yang melabuhkan tirainya di Auditorium Menara Kinabalu pada 29-30 September 2025.
KKRS yang diwakili oleh pasukan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS), muncul juara bagi Kategori Kementerian selepas menewaskan sembilan pasukan lain sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000.00 berserta trofi.
Majlis penutupan pertandingan yang diadakan sempena Program Pelaksanaan Varsha Integriti 2025 itu telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP.
LPPS turut diwakili oleh Pengurus Besar, Puan Dollyn Aloysius bersama pegawai dan kakitangannya yang hadir memberi sokongan pada pertandingan itu.
Turut hadir ialah barisan kepimpinan tertinggi pentadbiran negeri, termasuk Peguam Besar Negeri, Timbalan-Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri serta Setiausaha Tetap Kementerian-Kementerian Negeri.
Tajuk Lagu Pilihan. : Warisan (Dato' Sudirman Hj. Arshad)


