Majlis Pelancaran Jeti Dan Perasmian Perkhidmatan Feri Kota Kinabalu Ke Wilayah Persekutuan Labuan
Majlis Pelancaran Jeti dan Perasmian Perkhidmatan Feri Kota Kinabalu–Labuan telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Mei 2025. Majlis ini dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, manakala ucapan pembukaan disampaikan oleh YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Acara simbolik memotong riben oleh YAB Ketua Menteri menandakan pelancaran rasmi jeti dan permulaan operasi feri, yang bakal mengukuhkan jaringan pengangkutan laut serta memacu ekonomi antara Sabah dan Labuan.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah; Yang Berhormat Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Sabah; YBhg. Dato’ Seri Haji Rosli bin Isa, Setiausaha Persekutuan Sabah; serta pegawai-pegawai kanan kerajaan dan wakil-wakil agensi berkaitan.
Sebagai penutup, YBhg. Datuk Mohd Jasmin bin Julpin, Pengerusi Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah, telah menyampaikan cenderamata kepada YAB Ketua Menteri Sabah sebagai tanda penghargaan, sekaligus menandakan penutupan rasmi majlis.
Perkhidmatan feri ini dijangka memudahkan urusan perdagangan dan pergerakan rakyat, serta memperkukuh hubungan antara dua wilayah.


