Lawatan Kerja Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri Sabah III merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan
Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) dengan sukacitanya menerima Lawatan Kerja Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri Sabah III merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan pada hari ini, 09 Disember 2025.
Dalam lawatan kerja ini, Yang Berhormat Datuk Dr. Jonnybone J. Kurum, Pembantu Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, serta Yang Berbahagia Datuk Thomas Logijin, Setiausaha Tetap Kementerian turut hadir bersama pegawai-pegawai kanan dari kementerian berkenaan.
Lawatan kerja YB Menteri disambut mesra oleh Yang Berusaha Puan Dollyn Aloysius, Pengurus Besar LPPS, bersama pegawai-pegawai kanan Lembaga. Sesi taklimat mengenai operasi semasa, pembangunan pelabuhan, serta perancangan strategik LPPS telah disampaikan oleh Puan Dollyn, memberikan gambaran menyeluruh tentang hala tuju dan keutamaan LPPS dalam memperkukuh sektor logistik dan perdagangan negeri.
Lawatan ini turut bertujuan memperkukuh penjajaran dasar antara LPPS dan Kementerian selaras dengan pembentukan kerajaan baharu, serta memastikan ekosistem logistik yang cekap, berdaya saing, dan bersepadu bagi meningkatkan keberkesanan sistem pelabuhan serta menyokong pertumbuhan perdagangan di Sabah.
LPPS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Menteri dan delegasi atas komitmen serta sokongan berterusan terhadap pembangunan sektor pelabuhan negeri.


