22
Aug
2025
Lawatan Kerja Pengerusi, Ahli -Ahli Lembaga Pengarah Dan Pihak Pengurusan Lpps Ke Terminal Feri Antarabangsa Tawau Dan Wave Screen Tawau Pada 22 Ogos 2025
YBhg. Datuk Mohd Jasmin bin Julpin, Pengerusi, bersama Ahli-Ahli Lembaga Pengarah serta pihak Pengurusan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) telah mengadakan lawatan kerja ke Terminal Feri Antarabangsa Tawau dan Wave Screen Tawau pada 22 Ogos 2025.
Ketibaan rombongan disambut oleh YBhg. Datuk Seri Panglima Elbert Lim, Pengarah Urusan, Fokasijadi Sdn Bhd dan turut serta ialah Puan Elsie Philip, Pengurus Kanan Pelabuhan Tawau, Sabah Ports Sdn. Bhd.
Lawatan ini bertujuan meninjau operasi semasa serta mengenal pasti potensi penambahbaikan dari aspek perkhidmatan dan keselamatan, selaras dengan usaha LPPS memperkukuh kecekapan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan feri antarabangsa di Pantai Timur Sabah.


