Lawatan Kerja Pengerusi, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Dan Pihak Pengurusan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah Ke Pejabat Fgv Transport Services Sdn. Bhd.
YBhg. Datuk Mohd Jasmin bin Julpin, Pengerusi , bersama Ahli-Ahli Lembaga Pengarah serta pihak Pengurusan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat FGV Transport Services Sdn. Bhd. pada 20 Ogos 2025.
Ketibaan rombongan LPPS telah disambut oleh En. Amirul bin Mohd Said, Pengurus Kawasan Depot Sahabat, FGV Transport Services Sdn. Bhd.
Dalam lawatan kerja ini, rombongan LPPS diberikan taklimat mengenai operasi logistik dan pengurusan rantaian bekalan komoditi, di samping membincangkan potensi kerjasama strategik dalam sektor logistik.
Lawatan ini turut membuka ruang untuk LPPS memahami secara langsung pengoperasian FGV Transport Services Sdn Bhd serta meninjau peluang pelaburan dan pembangunan yang mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi Negeri Sabah.


