Lawatan Kerja Pengerusi, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Dan Pihak Pengurusan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah Ke Pejabat Esscom, Lahad Datu Pada 21 Ogos 2025
YBhg. Datuk Mohd Jasmin bin Julpin, Pengerusi bersama Ahli-Ahli Lembaga Pengarah serta pihak Pengurusan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Lahad Datu pada 21 Ogos 2025.
Ketibaan rombongan LPPS telah disambut oleh Komander ESSCOM, YDH DCP Datuk Victor B. Sanjos.
Lawatan kerja ini bertujuan untuk memahami keperluan keselamatan yang relevan dengan operasi pelabuhan di Pantai Timur Sabah serta memperkukuh kerjasama antara LPPS dan ESSCOM dalam memastikan kelancaran serta keselamatan aktiviti pelabuhan. Ia juga membuka ruang untuk meneroka peluang kerjasama dalam aspek pemantauan perairan, penyelarasan operasi dan sokongan strategik bagi meningkatkan kecekapan pengurusan pelabuhan di kawasan berisiko.
Dalam sesi lawatan ini, YBhg. Datuk Mohd Jasmin bersama Ahli-Ahli Lembaga Pengarah turut diberikan taklimat mengenai perkembangan semasa situasi keselamatan di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone), di samping bertukar pandangan dengan ESSCOM berhubung inisiatif memperkasa program kemasyarakatan, meningkatkan sosioekonomi komuniti serta menyokong pembangunan mampan di kawasan ESSZone.


