ADORA MAGIC CITY BUAT JULUNG KALINYA BERLABUH DI SABAH
ADORA MAGIC CITY BUAT JULUNG KALINYA BERLABUH DI SABAH
30 Ogos 2026 (Ahad) – LPPS telah menghadiri jemputan sempena ketibaan kapal persiaran Adora Magic City yang buat julung kalinya berlabuh di Sabah, bertempat di Pelabuhan Kota Kinabalu. Adora Magic City merupakan kapal persiaran besar pertama yang dibina di China dan berpangkalan di Shanghai. Kapal sepanjang 323.6 meter ini dilengkapi dengan 2,125 bilik tetamu serta mampu memuatkan sehingga 5,246 penumpang pada satu-satu masa.
LPPS diwakili oleh Puan Siti Maisarah binti Datuk Mohd Jasmin, Pengurus Operasi dan Marin, manakala Sabah Ports Sdn. Bhd. (SPSB) diwakili oleh Captain Ramesh Raj, Penolong Pengurus Besar Operasi.
Majlis turut diserikan dengan pertukaran cenderamata sebagai simbolik menyambut ketibaan julung kali Adora Magic City ke Sabah serta tanda penghargaan dan hubungan baik antara pihak-pihak yang terlibat. Ketibaan kapal persiaran tersebut merupakan satu perkembangan positif dalam sektor pelancongan maritim negeri, sekali gus mencerminkan potensi Sabah sebagai salah satu destinasi persinggahan kapal persiaran antarabangsa.
LPPS mengalu-alukan ketibaan Adora Magic City ke Sabah dan berharap lebih banyak kapal persiaran antarabangsa akan memilih Sabah sebagai destinasi persinggahan pada masa akan datang, sekali gus menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan dan ekonomi negeri.
"BetterPorts,BetterSabah"


