Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah bayar dividen RM2.74 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah

KOTA KINABALU - Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) membayar dividen berjumlah RM2.74 juta kepada kerajaan negeri Sabah pada Rabu.Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri, pembayaran dividen itu merupakan keuntungan LPPS bagi tahun 2019.Replika cek pembayaran itu diterima oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor yang diserahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini.Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan serta Menteri Pembangunan Perindustrian negeri, Datuk Dr Joachim Gunsalam. Sementara itu, Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah dalam satu kenyataan berasingan berharap prestasi keuntungan perniagaan LPPS dapat dipertingkatkan pada masa akan datang meskipun berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara. LPPS merupakan sebuah badan berkanun negeri di bawah Kementerian Kerja Raya Sabah yang ditubuhkan pada 1968. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/155000/EDISI/LPPS-bayar-dividen-RM274-juta-kepada-Sabah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf