Anugerah Penarafan Sistem Maklumat Sumber Manusia (SM2)

sm2

Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) menerima Anugerah Penarafan Sistem Maklumat Sumber Manusia (SM2) Tahun 2022

Setinggi-tinggi tahniah di ucapan dan syabas kepada Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) atas penerimaanAnugerah Penarafan Sistem Maklumat Sumber Manusia (SM2) Tahun 2022 dengan penerimaan markah sebanyak 96.68%. Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam diiringi oleh Puan Hajah Junaidah Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Bahagian Pengurusan bersama Puan Josie Lai, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Bahagian Pembangunan dan En. Ramlee Kariah, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Bahagian Perkhidmatan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 15 November 2022. 

Semoga kejayaan pada hari ini akan terus menjadi pemangkin semangat Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah untuk masa akan datang.