Taklimat Persaraan Dan Cuti Kepada Pegawai Bahagian Pentadbiran Dan Bahagian Kewangan LPPS Pada 11 Ogos 2026 (Selasa)
11 Ogos 2026 (Selasa) - Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) telah mengadakan Taklimat Persaraan dan Cuti kepada pegawai Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Kewangan LPPS yang telah dilaksanakan di Bilik Samudera, LPPS.
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Nur Husniyah binti Abdul Sailek daripada Bahagian Saraan dan Elaun, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS). Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman pegawai mengenai perkara berkaitan persaraan dan kemudahan cuti dalam perkhidmatan awam, termasuk peraturan serta tatacara yang berkuat kuasa.
Program ini turut memberi ruang kepada para pegawai untuk mendapatkan penjelasan secara langsung berhubung perkara-perkara berkaitan, sekali gus membantu memastikan pengurusan perkhidmatan dilaksanakan dengan lebih teratur dan selaras dengan ketetapan semasa.
"Betterports,BetterSabah"


