Kejohanan Pickleball Antara Jabatan Dan Agensi Di Bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan Dan Pengangkutan (MINDET) Di Replay Pickleball, Karamunsing Pada 11 Julai 2026 (Sabtu)
11 Julai 2026 (Sabtu) - Kejohanan Pickleball antara Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) telah berlangsung di Replay Pickleball, Karamunsing.
Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Datuk Fredian Gan, Deputy Group CEO, POIC Sabah Sdn. Bhd. Pertandingan pickleball ini disertai oleh jabatan serta agensi di bawah MINDET iaitu POIC/SOGDC, MINDET/DIDR, KKIP, SEDCO, JPDS, LPPS dan JKNS.
POIC/SOGDC telah muncul sebagai Johan, diikuti SEDCO sebagai Naib Johan dan KKIP di tempat ketiga.
Tahniah kepada para pemenang dan semua pasukan yang telah mengambil bahagian. Syabas kepada pasukan LPPS atas penyertaan, komitmen dan semangat kesukanan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan. Penyertaan ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat berpasukan antara jabatan serta agensi di bawah MINDET.
"Betterports,BetterSabah"


