Karnival Sukan Antara Jabatan Dan Agensi Di Bawah MINDET 2026 Pada 15 Ogos 2026 (Sabtu) - Acara Bola Tampar
15 Ogos 2026 (Sabtu) - Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) telah menyertai acara Bola Tampar sempena Karnival Sukan Antara Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) yang berlangsung di Dewan Arena Bukit Kuda, W.P. Labuan.
Karnival tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Jonnybone J. Kurum, Timbalan Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, mewakili YB Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan.
Acara bola tampar anjuran Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) telah menyaksikan penyertaan sebanyak 7 pasukan lelaki dan 7 pasukan wanita daripada jabatan dan agensi di bawah MINDET.
Syabas dan tahniah kepada Pasukan Bola Tampar Wanita LPPS kerana telah berjaya meraih tempat keempat dalam kejohanan ini. Pencapaian ini mencerminkan semangat juang, kerjasama berpasukan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para pemain sepanjang pertandingan.
LPPS turut merakamkan penghargaan kepada pihak JPDS atas penganjuran yang lancar serta kepada semua peserta dan penyokong yang telah memeriahkan kejohanan. Penyertaan dalam karnival ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah turut mengeratkan hubungan serta semangat kesukanan dalam kalangan warga jabatan dan agensi di bawah MINDET.
Syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding!
"Betterports,BetterSabah"


