Kejohanan Sukan Badminton MINDET 2026
Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) selaku penganjur telah menganjurkan Kejohanan Sukan Badminton MINDET 2026 pada 8 Ogos 2026 bertempat di Gelanggang Badminton, Kompleks Sukan Tun Adnan, Yayasan Sabah.
Pertandingan ini dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Yang Berusaha Puan Dollyn Aloysius, Pengurus Besar LPPS, diikuti dengan ucapan oleh Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan.
Kejohanan ini menyaksikan penyertaan MINDET dan semua jabatan dan agensi di bahawa MINDET iaitu Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS), Department Of Industrial Development And Research (DIDR), Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS), Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS), Sabah Economic Development Corporation (SEDCO), Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), POIC Sabah Sdn Bhd dan Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan, kerjasama dan muhibah.
Dalam kejohanan tersebut, LPPS mencatatkan kejayaan yang amat membanggakan apabila dinobatkan sebagai Johan Kejohanan Sukan Badminton MINDET 2026, diikuti oleh SEDCO sebagai Naib Johan dan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) di tempat ketiga.
Kejayaan ini mencerminkan semangat berpasukan, komitmen dan kesungguhan para pemain LPPS, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan kerjasama antara jabatan serta agensi di bawah MINDET. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan di bawah MINDET yang telah memberikan saingan terbaik sepanjang kejohanan.
"betterports,bettersabah"


