Taklimat Elaun Dan Gaji Kepada Pegawai Bahagian Pentadbiran Dan Bahagian Kewangan LPPS Oleh Bahagian Saraan Dan Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS)
Taklimat Elaun dan Gaji kepada Pegawai Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Kewangan LPPS telah berlangsung pada 7 hingga 8 Julai 2026 dengan penyampaian taklimat oleh Encik Joiner Juan daripada Bahagian Saraan dan Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS).
Taklimat ini memberi pendedahan dan penjelasan berkaitan pengurusan elaun, gaji serta pelaksanaan peraturan dan prosedur semasa yang berkaitan dengan saraan perkhidmatan awam. Program ini turut menjadi platform bagi memperkukuh kefahaman pegawai dalam memastikan setiap urusan dilaksanakan secara teratur, tepat dan selaras dengan ketetapan yang berkuat kuasa.
LPPS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS), khususnya Bahagian Saraan dan Pencen serta Encik Joiner Juan, atas kesudian berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kepakaran sepanjang sesi taklimat ini. Semoga jalinan kerjasama yang baik ini dapat diteruskan demi memperkukuh kecekapan pengurusan perkhidmatan awam.
"BetterportsBetterSabah"


