PROGRAM PEMERKASAAN INTEGRITI & PENCEGAHAN RASUAH
Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) telah mengadakan 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢 & 𝐏𝐞𝐧𝐜𝐞𝐠𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐚𝐡 𝐋𝐏𝐏𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 pada 18 Jun 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC) sebagai usaha berterusan dalam memperkukuh budaya integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik dalam kalangan warga kerja LPPS.
Antara pengisian program ini adalah sesi ceramah bertajuk “𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐭𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 & 𝐑𝐢𝐬𝐢𝐤𝐨 𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠” yang disampaikan oleh Penolong Pesuruhjaya Puan Maysara binti Mohammad dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sabah dan perkongsian ilmu oleh Tuan KPKPj Awang Samsul Baharam bin Bungso Penasihat Integriti kepada Ketua Menteri Sabah yang bertajuk “𝐏𝐞𝐧𝐜𝐞𝐠𝐚𝐡𝐚𝐧 & 𝐓𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫 𝐔𝐫𝐮𝐬 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢”.
Kemuncak program adalah pelaksanaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh Lembaga Pengarah dan kakitangan LPPS yang disaksikan oleh YBhg. Datuk TPj. Mohd Fuad Bee bin Haji Basrah, Pengarah SPRM Negeri Sabah.
Selaras dengan slogan program tahun ini iaitu “𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐢𝐭𝐚, 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐚𝐡 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚”, LPPS akan terus komited mendukung amalan tadbir urus terbaik serta membudayakan nilai integriti sebagai asas kepada penyampaian perkhidmatan yang telus, berakauntabiliti dan beramanah.


