12
Feb
2026
Program CSR LPPS Di Sk. Salimpodon Darat, Pitas.
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) telah diadakan di SK Salimpodon Darat, Pitas pada 12 Februari 2026. Program ini dihadiri oleh YB Datuk Donald Peter Mojuntin, Pengerusi LPPS, Puan Dollyn Aloysius, Pengurus Besar LPPS serta para pegawai dan kakitangan LPPS.
Seramai 224 orang pelajar daripada Pra Sekolah hingga Darjah 6 telah menerima sumbangan berbentuk peralatan sekolah, selain penyaluran dana kepada pihak sekolah bagi menyokong keperluan pembelajaran.
Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen LPPS dalam menyokong pembangunan pendidikan dan kebajikan pelajar serta memberi impak positif kepada komuniti luar bandar di Sabah.
"Beter Ports, Better Sabah"


