08
Feb
2026
Sambutan Tahun Baru Cina Lpps 2026 Di Shangri-La Tanjung Aru Resort, Kota Kinabalu
Sambutan Tahun Baru Cina LPPS Tahun 2026 telah diadakan dengan jayanya pada 8 Februari 2026 bertempat di Shangri-La Tanjung Aru Resort, Kota Kinabalu.
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YB Datuk Donald Peter Mojuntin, Pengerusi Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS), bersama Ahli-Ahli Lembaga Pengarah LPPS, Puan Dollyn Aloysius, Pengurus Besar, pihak Pengurusan, para pegawai dan kakitangan serta ahli keluarga kakitangan LPPS.
Majlis ini merupakan acara tahunan LPPS yang diadakan bagi memupuk keharmonian serta menyemai semangat saling menghormati dan meraikan kepelbagaian perayaan antara Ahli Lembaga Pengarah, pihak pengurusan, kakitangan serta ahli keluarga dalam suasana meriah dan penuh muhibah.
#BetterPortsBetterSabah


