Majlis Perasmian Galeri Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS)
Majlis Perasmian Galeri Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS)
Majlis Perasmian Galeri Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah telah diadakan pada 25 Julai 2025 (Jumaat). Galeri Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya, Timbalan Ketua Menteri Sabah III/ Menteri Kerja Raya Sabah.
Acara simbolik memotong riben dan seterusnya menandatangani plak oleh Yang Berhormat Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya, Timbalan Ketua Menteri Sabah III/ Menteri Kerja Raya Sabah menandakan perasmian Galeri Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah, yang akan menjadi pusat informasi berkenaan dengan sejarah penubuhan semua pelabuhan di Sabah termasuk sebagai salah satu platfom berbentuk gambaran menyeluruh dan visual mengenai operasi dan infrastruktur pelabuhan yang telah dijalankan di pelabuhan Sabah.
Sebagai penutup, YBhg. Datuk Mohd Jasmin bin Julpin, Pengerusi Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah, telah menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri Sabah III/ Menteri Kerja Raya Sabah sebagai tanda penghargaan, sekaligus menandakan penutupan rasmi majlis.


