Program Motivasi Kakitangan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah 2025
Program Motivasi Kakitangan Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) bertajuk Law of Attraction yang disampaikan oleh Encik Muadzad Shahrom bin Muhasip, Penceramah Bebas, Borneo Training & Consultancy Sdn Bhd. Program ini diadakan pada 05 Julai 2025 (Sabtu) bertempat di The Pavillion Room, Shangri-La Tanjung Aru, Kota Kinabalu.
Program motivasi kali ini bertujuan untuk memfokuskan kepada pembangunan kemahiran dalam melatih diri serta mengurangkan keegoan demi meningkatkan kualiti interaksi di tempat kerja. Selain itu, program ini juga membantu dan membimbing peserta untuk membina emosi yang positif serta minda yang lebih yakin, tenang, fokus dan bersemangat. Program ini turut menerapkan semangat kerja berpasukan dengan menekankan kekuatan setiap ahli pasukan serta memberi sokongan kepada ahli yang memerlukan.


