Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Sabah 2026 🇲🇾
Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Sabah 2026 🇲🇾
31 Ogos 2026- Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) telah menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026 yang berlangsung pada 31 Ogos 2026 bertempat di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu, dengan tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”.
Turut hadir daripada LPPS untuk bersama-sama memeriahkan sambutan ialah YB Datuk Donald Peter Mojuntin, Pengerusi LPPS dan Yang Berusaha Puan Dollyn Aloysius, Pengurus Besar LPPS.
Beberapa kakitangan LPPS terlibat dalam acara perbarisan sebagai sebahagian daripada kontinjen Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET). Kontinjen MINDET berjaya memperoleh tempat ketujuh bagi kategori Kementerian.
Kehadiran dan penyertaan LPPS dalam sambutan ini mencerminkan semangat patriotisme dan kebersamaan warga LPPS dalam menghayati erti kemerdekaan serta menyemarakkan semangat perpaduan dan kecintaan kepada Sabah dan Malaysia.
Selamat Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2026 🇲🇾
“Better Ports, Better Sabah"


