Majlis Perasmian Menara Pusat Kawalan VTMS di Pelabuhan Lahad Datu dan Sandakan

Printer-friendly versionPrinter-friendly version

Satu majlis perasmian telah diadakan di Pelabuhan Lahad Datu dan Pelabuhan Sandakan serentak pada 13hb Mac 2014 yang lalu. Majlis tersebut sempena merasmikan Menara Pusat Kawalan VTMS (Vessel Traffic Management System) yang baru di kedua-dua pelabuhan tersebut. Sepangar Bay Container Port (SBCP) sebelum ini juga telah memiliki Menara Pusat Kawalan VTMS tersebut. Ini bagi meningkatkan kecekapan dan pemantauan terhadap aliran trafik bagi kapal-kapal yang singgah di pelabuhan-pelabuhan terbabit. Berita bergambar boleh di lihat pada " Photo Gallery".