Majlis Penyerahan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri 2015 Kepada Anggota Keselamatan

Printer-friendly versionPrinter-friendly version

Kota Kinabalu 2 Julai 2015, Satu Majlis Penyerahan kuih-muih telah diadakan oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi menghargai pengorbanan anggota-anggota keselamatan yg bertugas di bulan Ramadan serta Hari Raya Aidilfitri 2015/1436H tahun ini. Sebanyak 32 agensi-agensi kerajaan serta NGO mengambil bahagian dan telah membuat sumbangan kuih-muih untuk diserahkan kepada 8 agensi anggota keselamatan dimana Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah telah menderma sebanyak 18 kotak berisi kuih-muih bagi menjayakan acara tahunan yang di anjurkan oleh kerajaan negeri ini. Majlis penyerahan ini telah di rasmikan oleh YB. Datuk Hajiji Mohd. Noor selaku wakil kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj. Aman. Penyerahan telah di laksanakan oleh Pengurus Besar LPPS, En. Maisuri Besri kepada YB. Datuk Hajiji Mohd Noor. 

 

 

 

 

Thursday, July 2, 2015